the Real Me
Kerana-Mu aku redha.

Wednesday, 2 January 2013 @ 08:08 | 1 Comment [s]

Assalammualaikum

secara tiba-tiba hatiku tergerak untuk menaip dalam laman ku yang telah lama terabai ini. keadaan di rumah ku kini senyap sunyi , tiada hiruk pikuk seperti biasa , masing-masing lebih memilih untuk bersendirian . lembayung malam yang semakin memekat membuatku merasakan keadaan diri ku yang kerdil dalam menghadapi ujian Allah yang Maha Besar ini . namun , aku masih mampu memuhasabah diriku ini dengan mengakui bahawa Allah tidak akan menguji hambanya di luar kekuasaan mereka . Allah mahu melihat sejauh mana keutuhan dan kesetian ku terhadap-Nya . Ya Allah , setiap ujian-Mu akan ku tempuhi dengan apa jua kekuatan yang ku ada demi membuktikan betapa aku bersyukur meskipun ku ditemani dengan air mata sepanjang perjuangan ku di dunia-Mu ini Ya Allah .

Sungguh , aku tidak menafikan terkadang diri ini seakan tersasar dari landasan yang sebenar . namun ,Kau masih menyayangiku dengan membawa sinaran hidayah-Mu pada . Aku sedar ramai hamba-Mu telah kecundang daripada landasan Islam-Mu . tapi kali ini aku di uji dengan sifat tamak manusia . Manusia yang penuh dengan hasad dengki dan pelbagai pemikiran negatif yang hanya mengeluarkan kata-kata yang mampu mengalirkan setiap air mata yang mendengar . berdendam ? mungkin . kerana mereka menjadi setiap punca jatuhnya airmata mama & ayah . mereka menjadi punca kepada setiap kata-kata cacian yang telah terlempar pada keluarga ku . Ya aku berdendam kerana mereka .

mereka yang sering menyangka mereka mempunyai segala hak untuk berkata-kata , mempunyai hak untuk bercerita ,mempunyai hak untuk mencerca dan sebagainya . tapi mereka terlupa siapa yang mulia di antara mereka . mereka terhijab daripada melihat hal dan hakikat yang sebenar dimana mereka hanya sekadar hiasan dan dugaan yang direka untuk menguji tahap keimanan orang yang beriman . mereka terlupa mereka bermain dengan api apabila mula melakukan sesuatu yang melangkaui batas islam iaitu syirik dan sihir . aku masih berpegang kepada prinsip ku bahawa dunia hanya hanya bersifat sementara , harta dan pangkat hanya sekadar simbol kepada kebangkitan dan perjuangan ku dalam mentafsirkan apa yang berada di fikiran mereka .


disediakan oleh : myra :)


Older Post
The Disclaimer

Hi peeps. I'm human and blahblah goes here. Change with your suwettie words :D


Navigations!

Diary About Stuff Site


Let's Talk!


The Credits!

Template by : myra :) Awayy
Basecode by : pakcik ibrahim
Full Edited : Safuhah Amirah :)